MASA MENGEJAR KITA

Followers

Tuesday, 27 December 2011

SET 1 (PENULISAN TAHUN 4)


Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1    Anda ingin tinggal di asrama untuk menyelesaikan beberapa masalah.
            Tuliskan sepucuk surat kepada guru besar bagi menerangkan hasrat anda itu.

atau

2    Anda  mendapat jiran baru. Anda berbual-bual dengan jiran baru anda itu.
      Tuliskan perbualan antara anda dengan jiran anda itu.

atau


3    Tuliskan karangan yang bertajuk ‘Biar Lambat Asalkan Selamat’.







Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

            Sejak kebelakangan ini, disiplin pelajar di sekolah semakin merosot. Pelajar kerap terlibat dalam kes-kes jenayah. Untuk mengatasi masalah disiplin pelajar yang semakin serius ini, semua pihak haruslah bekerjasama mengambil tindakan yang sewajarnya.
            Ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak. Tanpa kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa, anak-anak mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang terdapat di sekeliling mereka.
         Selain itu, kerajaan harus memperbanyak rancangan yang bermanfaat di televisyen. Rancangan-rancangan yang disiarkan haruslah bermanfaat kepada golongan pelajar dan dapat mengembangkan minda mereka. Rancangan yang mengandungi banyak unsur negatif tidak sewajarnya disiarkan.
         Seterusnya, pihak sekolah harus memberikan pendidikan dari segi rohani kepada para pelajar. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti yang sesuai boleh diadakan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar.

No comments:

Post a Comment