MASA MENGEJAR KITA

Followers

Tuesday 27 December 2011

SET 2 (PENULISAN TAHUN 4)

Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1    Anda telah mengikuti lawatan ke sebuah tempat bersejarah di negara ini.
      Tuliskan laporan mengenainya.

atau


2    Jelaskan kebaikan dan keburukan televisyen.

atau


3    ‘Aku sepasang kasut’.
      Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk ini.





Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
           
            Pada pagi Isnin yang lalu, Nuraiza pergi ke sekolah seperti biasa. Dia ke sekolah hanya berjalan kaki kerana rumahnya terletak di belakang sekolah. Disebabkan rumahnya berhampiran dengan sekolah, Nuraiza adalah orang yang paling awal datang ke sekolah.
          Dalam perjalanan menuju ke padang sekolah, dia terjumpa sebuah dompet. Nuraiza membuka dompet tersebut. Di dalam dompet itu terdapat duit bernilai RM10.
        Nuraiza terfikir sama ada dia mahu bersikap jujur atau sebaliknya. Lama dia berfikir. Akhirnya dia menyerahkan dompet itu kepada guru besar. Guru besar gembira melihat sikap Nuraiza yang jujur itu. Selepas perhimpunan, Nasir telah bertemu guru besar untuk mengadu tentang dompetnya yang hilang. Guru besar menjelaskan kepada Nasir bahawa Nuraiza yang telah menemui dompetnya.
        Nasir mengucapkan terima kasih kepada Nuraiza kerana bersikap jujur memulangkan duit yang dijumpai. Menurut Nasir, duit itu akan digunakan untuk membeli buku rujukan Bahasa Malaysia.
            Guru besar memuji sikap jujur Nuraiza dan berharap agar sikap seperti itu dapat dijadikan contoh kepada murid-murid lain.

No comments:

Post a Comment