MASA MENGEJAR KITA

Followers

Tuesday 27 December 2011

SET 3 (PENULISAN)



Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1    Di sebuah pasar raya, anda ternampak seorang pemuda meragut beg tangan seorang wanita.
            Ceritakan kejadian itu.

atau


2    “Genggam Bara Api, Biar Sampai Jadi Arang.”
Buatkan satu karangan yang lengkap.


atau


3    Tuliskan sebuah laporan tentang kebakaran yang telah berlaku di sebuah hotel yang terletak berhampiran dengan       tempat tinggal anda.





Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
           
            Pada petang itu, aku tinggal keseorangan di rumah. Ibu, bapa, dan adik-adikku entah ke mana. Aku berasa amat bosan kerana tiada apa-apa aktiviti yang hendak kulakukan.
          Rancangan di televisyen tidak menarik minatku dan tidak dapat menghilangkan kebosananku. Lantas aku ke rumah kawanku, Sufian dan mengajaknya melastik burung di belukar. Sekurang-kurangnya kebosananku terisi jua dengan aktiviti tersebut. Aku amat gembira kerana Sufian bersetuju dengan cadanganku itu.
        Sesampai sahaja di belukar itu, aku nampak banyak burung berterbangan dari satu pokok ke satu pokok yang lain. Aku bertambah geram melihat burung-burung itu.
        Lalu aku cuba melastik burung-burung itu. Tetapi, alangkah malangnya nasibku, apabila batu lastikku terkena sarang tebuan. Segerombolan tebuan menyerbu ke arahku dan Sufian. Dahi dan pipiku bengkak. Aku sungguh menyesal kerana telah menyeksa haiwan yang tidak berdosa. Mungkin inilah balasan yang patut kuterima.
         Semenjak peristiwa itu, aku berjanji tidak akan menyeksa haiwan lagi malah aku telah memelihara beberapa ekor burung di rumah.

No comments:

Post a Comment