MASA MENGEJAR KITA

Followers

Tuesday 27 December 2011

SET 4 (PENULISAN TAHUN 4)



Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1    Berikan pendapat anda tentang kepentingan menuntut ilmu bagi setiap individu.

atau


2    Berikan pendapat anda untuk mengatasi ancaman najis dadah dalam kalangan masyarakat Malaysia.


atau

3    “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga”.
      Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut.




Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
           
            Shamsul memandang tenang laut yang terbentang luas di hadapannya. Fikirannya berserabut memikirkan masa depan. Shamsul dilahirkan dalam keluarga susah. Bapanya seorang nelayan manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa.
          Hanya dengan pendidikan sahaja dapat mengubah segala-galanya. Lantaran itu, Shamsul belajar bersungguh-sungguh. Dalam fikirannya hanya satu, ingin mengubah kehidupannya. Berkat kesungguhan dan ketekunannya dia telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Keputusannya itu melayakkan dia terpilih ke sekolah berasrama penuh. Di sana dia terus meneruskan usahanya untuk mencapai cita-cita. Akhirnya dia berjaya masuk ke universiti. Kejayaannya amat menggembirakan keluarga terutama ibu dan bapanya.
        Beberapa tahun kemudian, Shamsul telah berjaya mengejar cita-citanya. Dia kini berjaya menjawat jawatan tinggi, berkedudukan, dan dihormati. Kejayaannya itu telah mengubah terus perangainya. Dahulu dia diasuh dalam keluarga yang mementingkan budi pekerti. Tetapi kini, dia telah bersikap sombong dengan apa yang dimilikinya. Shamsul jarang pulang ke kampung. Dia sudah melupakan ibu bapanya.                               
        Pada suatu hari, Shamsul mendapat berita bahawa  bapanya sakit tenat. Shamsul menerima berita itu dengan bersahaja tanpa perasaan tanggungjawab. Alasannya dia sibuk dan tidak dapat cuti. Dia tidak pulang menjenguk bapanya yang sakit tenat. Akhirnya bapa Shamsul meninggal dunia. Ibunya sangat sedih dengan sikap Shamsul yang sudah berubah itu.
   Perangai Shamsul tidak ubah seperti kacang lupakan kulit. Dia mudah melupakan asal usul setelah memperoleh kesenangan. Oleh itu, kita janganlah bersikap sedemikin.

No comments:

Post a Comment