MASA MENGEJAR KITA

Followers

Tuesday 27 December 2011

SET 7 (PENULISAN TAHUN 4)


Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1    Tuliskan tajuk syarahan yang bertajuk “Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar”.

atau

2    Buah-buahan tempatan banyak faedahnya.
      Berikan pendapat anda.

atau

3    Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Kereta Mainan”.








Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
           
Mohd Faiz bin Zakaria adalah anak yatim yang berusia 10 tahun. Dia dilahirkan pada 12 Mei 1998 di Kampung Jambu Bongkok. Kini, dia tinggal di rumah Anak-anak Yatim Bakti, Klang.
Di sinilah dia mendapat kasih sayang dan ilmu pengetahuan bagi meneruskan kehidupan yang semakin mencabar. Walaupun terlalu pahit untuk meneruskan kehidupan tanpa orang tersayang di sisi namun digagahinya jua.
Mohd Faiz mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya. Faiz adalah anak sulung daripada 5 orang adik-beradik. Bapanya Zakaria Harun meninggal dunia ketika dia berusia 8 tahun. Selepas pemergian bapanya, dia terpaksa berpisah dengan adik-adik dan ibunya demi masa depannya. Adik-adiknya telah diserahkan kepada saudara-maranya. Hanya dia sahaja terpaksa berpisah jauh. Belum reda kesedihannya, ibunya pula meninggal dunia setahun selepas bapanya meninggal dunia.     
Dalam usia yang masih mentah, Mohd Faiz terpaksa menjalani kehidupan seperti orang dewasa. Sebagai seorang anak yatim piatu, dia harus belajar hidup berdikari. Pelbagai rintangan dan halangan ditempuhinya jua. Kepahitan hidup yang dilaluinya tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Dia tetap bersyukur dengan apa yang dilaluinya.
Mohd Faiz merupakan seorang pelajar yang pintar. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pada suatu hari nanti. Dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Dia ingin memburu cita-citanya hingga berjaya kerana itulah harapan arwah ibu dan ayahnya.

No comments:

Post a Comment