MASA MENGEJAR KITA

Followers

Tuesday 27 December 2011

SET 5 (PENULISAN TAHUN 4)


Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1    Sejak kebelakangan ini, kemalangan jalan raya kerap berlaku.
            Nyatakan punca-punca kemalangan jalan raya.

atau

2    Tindakan menghantar ibu bapa kita ke rumah orang-orang tua merupakan satu tindakan yang wajar atau tidak?
      Bincangkan.

atau

3    Tuliskan sebuah rencana yang bertajuk “Sungai Kita”.



Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
       
        Di dalam kelas Safuan lebih suka berkhayal dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar. Tidak hairanlah setiap kali ujian dan peperiksaan, Safuan pasti gagal. Keputusannya amat mengecewakan. Sudah banyak kali guru-gurunya memberi nasihat supaya memberi perhatian ketika guru mengajar dan membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Tetapi itu semua bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kini dia semakin tidak berminat terhadap pelajaran dan selalu mengabaikannya.
        Safuan sudah berani ponteng sekolah. Pada setiap pagi dia akan pergi ke sekolah namun dia akan menyimpang ke kebun pisang ayahnya. Di situlah dia bersembunyi dengan berpakaian sekolah. Apabila waktu tengah hari, dia akan pulang ke rumahnya. Ibu dan ayahnya tidak dapat mengesan perbuatan Safuan itu. Sudah hampir satu minggu, Safuan tidak pergi ke sekolah dan selama itulah tiada sesiapa yang tahu bahawa Safuan telah ponteng sekolah. Safuan hanya memberitahu perkara tersebut kepada kawan karibnya, iaitu Fendi.
        Pada suatu hari, ketika Safuan asyik duduk termenung di bawah sebatang pokok pisang tiba-tiba dia terlihat seekor siput berusaha memanjat sebatang pokok pisang. Batang pokok pisang itu licin. Walaupun telah banyak kali melihat siput itu jatuh namun ia tetap berusaha memanjatnya. Agaknya, ia tidak kenal erti putus asa. Terfikir di benak Safuan seketika. Akhirnya siput itu berjaya.
        Melihat kejadian itu, timbul keinsafan dalam diri Safuan. Dia terus pulang ke rumah dengan membina azam baru. Bermula dari hari itulah, dia telah belajar bersungguh-sungguh. Sikapnya itu telah menggembirakan banyak pihak iaitu cikgunya, ibu bapanya dan juga kawan-kawannya. Akhirnya dalam peperiksaan akhir tahun, Safuan telah mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat tempat pertama di dalam kelasnya.
        Cikgu kelasnya berbisik di telinganya sambil berkata, “belakang parang kalau diasah lagikan tajam, inikan pula kita manusia yang berakal. Apa yang penting ialah usaha dan jangan sekali-kali cepat putus asa.”

No comments:

Post a Comment